Thursday, October 9, 2008

Jamuan Hari Raya Idulfitri 2008

Hari ini Cawangan Elit MSN baru sahaja selesai menganjurkan Jamuan Hari Raya Idulfitri 2008 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertarikh 10 Oktober 2008. Ramai jemputan pegawai-pegawai, kakitangan dari cawangan-cawangan MSN hadir menjamah kuih-muih dan makanan yang disediakan. Pagi-pagi lagi Cawangan Elit telah merakamkan gambar kenangan-kenangan bersama YBhg. Dato' KP MSN. hehe yang paling best sekali Pokcik Pilot MSN pun menyelit ambil gambar sekali. Selamat Hari Raya Idulfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua serta terima kasih kepada semua yang hadir ke Jamuan Hari Raya Idulfitri 2008 Cawangan Elit.

Wednesday, October 8, 2008

TERIMA KASEH SAHABATKU

Hari ini 8 Oktober, 2008 telah tercipta satu sejarah bila sahabat baikku Ayie telah membina blog aku sendiri. Bermulalah era bloggers aku....dan mungkin blog ini memberi ilham kepadaKu untuk menyambung pelajaran dalam Master Sports Science satu hari nanti......tunggu kemunculannya